Tuesday, December 14, 2010

Malaysia vs Vietnam ( Kejohanan AFF Piala Suzuki)

Tempat: Stadium Bukit Jalil
Siaran Lansung: Astro Arena, TV1, Dekat Stadium

Seluruh rakyat Malaysia semestinya tidak sabar menunggu perlawanan antara Malaysia dan Vietnam  dimana Malaysia dalam usaha untuk memperoleh Kejuaran AFF Piala Suzuki yang pertama dan Vietnam sebagai juara bertahan sudah pasti akan bermati-matian untuk merpertahan kan kejuaraan yang dimenanginya 2 tahun lepas.

Analisis

Namun begitu pasukan Malaysia nampaknya mempunyai sedikit kelebihan kerana bermain di tempat sendiri dan akan diberi sokongan yang padu oleh ribuan peminat skuad Harimau Malaya yang membanjari Stadium bukit jalil. Tetapi dengan Skuad Malaysia yang kebanyakanya di barisi pemain muda, gugup semestinya menjadi permasalahan utama.   K. Rajagopal  (jurulatih Malaysia) seharusnya membariskan pemain yang dapat mengatasi perasaan gugup tersebut dimana skuad yang di barisi pemain senior dan muda mungkin dapat mengatasi masalah ini. Di samping itu dengan 3 pemain yang telah sembuh dari deman (Safee Sali , Mohd fadhli Shas dan Asraruddin Putra Omar) mungkin dapat menambah kekuatan Skuad Malaysia.

Vietnam nampaknya agak tempang sedikit katika kehadirannya di perlawanan  ini kerana penjaring terbanyaknya Vietnam di Kejuaraan  AFF  iaitu (?) telah mengalami kecederaan yang serius dan mungkin tidak dapat diturunkan. Namun Malaysia tidak harus cepat melatah kerana pemain  (?) yang pernah menjaringkan 2 gol sewaktu mengalahkan Malaysia sewaktu Sukan Sea Loas bakal diturunkan. Yang pastinya pemain Vietnam semestinya akan memberikan segalanya untuk memenangi perlawanan di Bukit Jalil.

Tactical

Skuad Malaysia kemungkinan akan mempamirkan permainan yang lebih defensive namun akan cuba menyerang dengan secara counter attack yang pantas. Counter attack Malaysia memang diakui amat  berkesan untuk merobek gawang musuh sepanjang Kejohanan AFF dan juga Sukan Sea Loas yang lepas. Di samping itu kemahiran set piece lencong yang dimiliki  oleh pemain Malaysia mungkin dapat digunakan untuk mengkucar kacirkan skuad Vietnam.


Skuad Vietnam pasti mengunakan kemahiran passing yang sempurna untuk menyerang Malaysia dari semua arah. Kaedah perfet passing ini telah banyak membantu Vietnam dalam perlawan penting kerana kaedah ini mampu mengawal perlawanan tanpa memberikan peluang kepada  pihak lawan untuk menyerang.   

Ramalan

Malaysia 2 - 0 Vietnam

Monday, December 13, 2010

Mukadimah

Blog yang akan memaparkan segala macam kisah mengenai dunia Bola Sepak di dunia dan di Malaysia amnya .Nantikan kemunculan artikel artikel yang akan merubah persepsi anda mengenai bola sepak dimana ia  bukan hanyalah permainan dan hiburan tetapi ia telah mencatit pelbagai kisah suka dan duka malah pernah membabitkan maruah.